Teruk kena hentam dengan netizen sebab sangka gelar anak ‘gila’, ini penjelasan Ryan Bakery!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PEMPENGARUH media sosial, Ryan Bakery menyangkal dakwaan segelintir netizen yang menuduh dia sengaja mengelarkan anaknnya sebagai ‘gila’.

Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery menjelaskan perkongsian video anaknya di Instagram Story mungkin kurang jelas disebabkan dia bercakap terlalu laju sehingga timbul salah faham.

“Kisahnya, saya dan isteri berada di hospital untuk pemeriksaan kesihatan anak. Ketika itu, saya sedang bermain dengan anak sebab dia sedang meragam.

“Dia tak nak dengan saya…dia nak ibunya barulah dia diam. Kemudian, anak minum susu di pangkuan isteri sambil tengok saya. 

“Sambil rakam video anak, saya pun cakaplah, ‘minum ajeler, tengok-tengok pula’.

“Cara saya cakap itu laju dan orang ingat saya kata ‘minum gila’. Ayat ‘minum ajeler’ ni biasa loghat Perak,” katanya kepada URTV.

Ryan berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Indigital Music x FYP Media di Hotel St. Giles Boulevard, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Enggan isu tersebut berlarutan, Ryan membuat penjelasan bagi mengelakkan lebih ramai ‘menyerangnya’ di media sosial.

“Saya rasa tersalah tafsiran dan pendengaran. Saya terkejut masa tu ramai yang tengok Instagram Story saya.

“Bila buka mesej langsung (DM), awal-awal tu ramai yang puji kecomelan anak saya tapi bila saya ‘scroll’ ke bawah, ramai yang hentam dan tuduh saya gelarkan anak gila.

“Awalnya pengurus suruh tak perlu layan tapi saya tak boleh berdiam diri kena juga jelaskan. Itu pun saya hanya kongsikan tiga tangkap layar mesej netizen yang marahkan saya di Instagram Story, kalau ikutkan banyak lagi.

“Saya risau kalau netizen sebarkan di Facebook pula, teruk nanti saya kena. Saya memang tak ada akaun di media sosial tu…yang banyak tu pun akaun palsu,” ulasnya.

Bagaimanapun, Ryan menjadikan kejadian tersebut sebagai pengajaran dan menganggap hanyalah salah faham.

“Sebenarnya bahaya juga kalau tersalah dengar ni. Saya kena lebih berhati-hati di hadapan kamera.

“Tapi apa-apa pun isu itu timbul sebab salah faham. Loghat negeri tidak salah tapi lepas ni saya kena cakap dengan lebih jelas.

“Loghat Perak saya memang ‘pekat’ walaupun dah merantau tinggal di Kuala Lumpur tapi saya masih lagi bertutur loghat Perak,” katanya.

Ryan dan isteri, Elyia Ibrahim dikurniakan cahaya mata sulung bernama Ryan Essra pada 30 Disember tahun lalu.

Sekadar info, pasangan ini bernikah pada 1 Oktober 2022. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This