Di sebalik PADU, tatacara melaksanakan kerajaan mesti berubah

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

TINDAK balas rakyat terhadap hasrat kerajaan membangunkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) menunjukkan bahawa tatacara melaksanakan kerajaan mesti berubah.

Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (Minda-UKM), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali menegaskan, ini bukan cerita politik sebaliknya perihal evolusi sifat masyarakat.

Beliau yang juga pakar ekonomi menjelaskan, hari di mana kerajaan tahu dan lakukan semua perkara sudah lapok serta lama berlalu.

“Dengan peningkatan pendidikan dan pendapatan (smarter and richer society) masyarakat baharu ‘pasca-modernisasi’ terbentuk.

“Tatacara melaksanakan kerajaan (the way we do government) mesti berubah. Cara lama bersifat ‘top-down’, ‘government knows all and do all’ telah tamat

“Saya akan jelaskan kemunculan masyarakat ‘pasca-modenisasi’ ini dalam posting saya yang akan datang,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Beri perhatian khusus, segerakan projek keutamaan di Pahang – PM

Terdahulu, Sarawak mengeluarkan arahan agar agensi-agensi kerajaan negeri tidak mendaftarkan maklumat rakyat negeri itu ke dalam PADU ketika ini sehingga dimaklumkan kelak.

Menurut sumber, arahan itu dikeluarkan kepada semua kementerian dan jabatan di negeri itu dan telah dipanjangkan kepada ketua-ketua masyarakat, kaum dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKK).

Kerajaan Sarawak berpendirian untuk tidak berkongsi maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU untuk menjaga privasi dan kerahsiaan data peribadi teruma data rakyat, lapor Utusan Sarawak yang memetik sumber.

Ekoran daripada itu, Kementerian Ekonomi akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Sarawak minggu hadapan bagi membincangkan mengenai pendaftaran PADU.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gelaran ‘Tan Sri’ kepada Isa Samad ditarik balik

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan penarikan balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran 'Tan...

More Articles Like This