KPM tak tolak ansur isu kesalahan seksual

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) tidak akan bertolak ansur dengan isu kesalahan seksual di semua institusi pendidikan di bawah seliannya.

Ia susulan siasatan polis terhadap seorang guru wanita yang didakwa melakukan kesalahan seksual terhadap pelajar lelaki berusia 17 tahun.

KPM dalam kenyataan menegaskan memandang serius kes salah laku seksual membabitkan guru dengan murid itu seperti dilaporkan media.

Pada masa sama, kementerian itu juga bersedia memberi kerjasama penuh kepada siasatan pihak berkuasa.

“Kes ini berada dalam perhatian KPM dan tindakan telah diambil mengikut garis panduan sedia ada,” katanya dalam kenyataan itu.

Mengulas lanjut, KPM turut menyeru semua pihak melaporkan kes jenayah seksual supaya tindakan tegas dapat diambil.

“Institusi pendidikan bawah KPM diminta untuk mematuhi Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual yang sedang berkuatkuasa bertujuan memelihara keselamatan dan kesejahteraan murid,” katanya.

Semalam, media melaporkan keluarga remaja lelaki berusia 17 tahun yang didakwa menjalinkan hubungan dengan gurunya telah pun membuat laporan polis.

Baca artikel lain: Gangguan seksual: Polis minta doktor pelatih tampil buat laporan

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, laporan polis dibuat Disember tahun lalu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kesemua pihak yang terbabit sudah dipanggil merakam percakapan termasuk remaja dan guru berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan Seksual Terhadap kanak Kanak 2017.

Laporan dibuat ibu mangsa pada 12 Disember lalu mendakwa suspek yang berusia 37 tahun mencabul mangsa ketika mengulang kaji pelajaran bersama guru terbabit.

Ibu mangsa mendakwa terdapat kesan kemerahan pada bahagian leher anak lelakinya selepas mangsa pulang daripada mengulang kaji pelajaran matematik bersama suspek.

Terdahulu kejadian itu menjadi perbualan ramai selepas hantaran yang dimuat naik oleh individu dipercayai ahli keluarga mangsa berhubung perbuatan suspek berkenaan menerima pelbagai netizen.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This