‘Saya tak pasti sama ada Ahli Parlimen Machang cetak sendiri ‘draf’, kata Fahmi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“SAYA tak pasti (sama ada) Ahli Parlimen Machang (Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal) mencetak sendiri ‘draf’ sebab sebelum ini dia pernah kata untuk selesaikan masalah ekonomi kita kena cetak wang.”

Demikian kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengulas dakwaan Wan Ahmad Fayhsal kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar ‘wakil’ bagi menyerahkan ‘draf perjanjian’ berhubung tuntutan peruntukan wakil rakyat pembangkang kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Dalam sidang media di Parlimen, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan turut menyangkal dakwaan berkenaan dan meminta supaya Ahli Parlimen Machang itu merujuk kepada sumber yang rasmi.

Malah, Fahmi menegaskan beliau telah membuat semakan dengan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin dan pegawai lain di Pejabat Perdana Menteri (PMO) berhubung dakwaan tersebut.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, tiada apa-apa draf telah diberikan kepada Hamzah seperti didakwa Wan Ahmad Fayhsal.

Beliau turut meminta Wan Ahmad Fayhsal supaya berdiam diri sekiranya tidak mengetahui apa-apa tentang isu tersebut.

“Jadi saya percaya Ahli Parlimen Machang mungkin terasa terpanggil untuk ‘menyelamatkan keadaan’ kerana yang disebut oleh Ketua Pembangkang dalam Parlimen, Khamis lalu ialah ada draf.

“Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Fadillah Yusof) yang duduk bersama (adakan pertemuan) dengan Ketua Pembangkang mengesahkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri bahawa tiada sebarang draf.

“Sekiranya ada draf yang telah diberikan oleh kononnya wakil Perdana Menteri, persoalannya kenapa tidak dibangkitkan dalam pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri. Itulah saluran rasmi,” katanya.

Baca artikel lain: Anwar hantar wakil serah ‘draf perjanjian’, dakwa Wan Fayhsal

Terdahulu, Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ketua Armada Bersatu mendakwa Anwar telah menghantar ‘wakil’ bagi menyerahkan draf perjanjian berhubung tuntutan peruntukan wakil rakyat pembangkang kepada Hamzah.

Ketua Armada Bersatu itu berkata demikian sebagai membalas hantaran Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari yang menyelar sikap pembangkang seolah-olah cuba mengeluarkan kenyataan tidak benar ketika rundingan masih berjalan.

Menurut Wan Ahmad Fayhsal, ‘draf perjanjian’ itu bukanlah satu berita palsu seperti yang didakwa Dr Mohammed Taufiq.

Sebelum itu, Fadillah dalam kenyataan memaklumkan tiada draf perjanjian baharu Kerajaan MADANI seperti didakwa pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkaitan tuntutan peruntukan wakil rakyat pembangkang.

Fadillah yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan turut menegaskan tidak menyerahkan sebarang draf dokumen seperti didakwa dalam pertemuan dengan Hamzah selaku Ketua Pembangkang.

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu berkata, beliau hanya mendengar permohonan dan mendengar tawaran dikemukakan PN sewaktu pertemuan di Parlimen pada 19 Mac lalu.

Khamis lalu, Hamzah ketika mencelah penjelasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan pembangkang sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada Ahli Parlimennya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This