MENJELANG dua hari sebelum tarikh akhir pendaftaran, seramai 9.24 juta individu telah pun membuat pengemaskinian maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU), setakat pukul 11.59 malam tadi.
Jumlah tersebut mencatatkan peningkatan berbanding 8.79 juta pendaftaran yang telah dibuat sehingga hari Rabu.
Berdasarkan statistik dikongsikan menerusi Facebook rasmi PADU, Selangor merekodkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu seramai 1.45 juta individu.
Menurut data tersebut, seramai 1.02 juta orang telah mendaftar di Johor diikuti 910,000 di Perak dan 890,000 di Sarawak.
Sebanyak 30.08 juta rekod individu berada dalam sistem PADU berdasarkan sumber data pentadbiran.
Isnin lalu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan jumlah pendaftaran PADU melonjak mencecah 7.7 juta berbanding 5.4 juta yang direkodkan pada 17 Mac lalu.
Baca artikel lain: ‘PADU dilancar bagi pastikan subsidi sampai ke pihak sasaran’ – Ahmad Zahid
Sehubungan itu, beliau menyeru supaya orang ramai tidak menunggu sehingga ke saat akhir bagi membuat pendaftaran PADU.
Namun begitu, Rafizi menjangkakan pendaftaran harian akan terus meningkat dengan ketara menjelang tarikh tutup pendaftaran pada Ahad ini, 31 Mac 2024.
PADU adalah pangkalan data utama yang mana ia mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi iaitu sistem yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia.
Pelaksanaan PADU adalah bagi meningkatkan kecekapan pengurusan yang memudahkan pengumpulan, penyimpanan dan pengurusan data daripada pelbagai sumber.
Ia juga bertujuan meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan PADU, bagi membolehkan perkhidmatan lebih baik dan cekap disampaikan kepada rakyat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

