Azhan Rani kecewa Khunsa jadi mangsa cetak rompak! – “Usaha dan penat lelah kami sangat tidak berbaloi”

Dari Penulis

PELAKON Azhan Rani berang dengan sikap sesetengah individu yang menonton hasil karya penggiat seni secara haram.

Azhan atau nama penuhnya Azhan Abdul Rani,49, berkongsi di platform Instagramnya selepas ada individu secara terang-terangan memberitahu menonton drama Khunsa lakonannya di aplikasi Telegram.

“Kalau tengok di Telegram, tolonglah jangan beritahu kami. Siaran di Telegram ni cetak rompak, siaran tanpa izin.

“Kalau tiada Astro, langgan di Sooka TV @sookamalaysia tanpa kontrak RM15 sahaja untuk sebulan.

“Pengambaran kami nak hasilkan Khunsa tidak mudah. Dari November tahun lepas sehingga ke hari ini masih tidak selesai lagi.

“Macam-macam cabaran dan rintangan yang kalau diceritakan bukan ada orang nak peduli,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menyifatkan tindakan individu terbabit ibarat merompak hasil kerja penggiat seni tempatan, Azhan berasa seolah usahanya selama ini tidak berbaloi untuk dipertontonkan kepada orang ramai.

Bagaimanapun, Azhan memohon agar orang ramai sedar mentaliti menonton karya penggiat seni di platform haram sama seperti mencuri hasil karya orang lain tanpa kebenaran.

“Kalau rasa RM15 itu mahal tidak tengok pun tak mengapa, beritahu kami anda tonton di Telegram hanya melukakan hati dan perasaan kami.

“Usaha dan penat lelah kami sangat tidak berbaloi.

“Ya, anda tidak rasa sebab bukan usaha dan kerja anda pun yang dirompak.

“Tapi jika ada kesedaran dan kemanusiaan cubalah fikirkan jika dibalikkan pada diri sendiri suatu hari nanti. Maaf saya tegur,” luahnya lagi.

Selain Azhan, drama 29 episod itu turut dibintangi oleh Sherry Alhadad, Rafique Iskandar, Kael Noah, dan ramai lagi.

Naskhah arahan Shahrulezad Mohameddin itu sedang ditayangkan di Astro Ria pada setiap Isnin hingga Khamis, 9 malam di Astro Ria .


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gali pengalaman sendiri, Shiha Zikir kongsi kisah survival hidup dalam single Mula

PENYANYI, Shiha Zikir mengambil pendekatan berani dengan menolak trend lagu jiwang klise menerusi pelancaran single terbaharunya yang berjudul Mula. Kolaborasi...

More Articles Like This