Farez Adnan sedia bersemuka dengan Aliff Syukri, sangkal dakwaan ‘rembat’ lagu raya

Dari Penulis

PENYANYI Farez Adnan menganggap kontroversi yang berlaku terhadapnya ketika ini sebagai satu rahmat walaupun ‘menumpang’ populariti usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri.

Farez atau nama penuhnya Muhd Fareezuan Adnan, 29, menjelaskan kisah sebenar berhubung isu menciplak lagu Chu Kuca Raya 2024 yang sepatutnya dinyanyikan oleh Aliff.

Menurut Farez, selepas mendengar alunan lagu yang diberikan, dia menganggap karya tersebut mempunyai melodi yang menarik.

Malah, komposer lagu terbabit iaitu Amy Ukays memberitahu akan memberikan single tersebut kepadanya.

Bagaimanapun, kontroversi mula timbul apabila Aliff yang pada awalnya telah menolak lagu tersebut mula membuat kecoh dengan menuduh Farez mencuri hasil karya orang lain.

“Saya memilih lagu sebenarnya tapi melodi lagu itu sedap, dan saya kata kepada abang Amy lagu ini boleh ‘pergi’. 

“Abang Amy kata memang dia nak bagi lagu itu kepada saya, tapi risau sekiranya timbul kontroversi. Walaupun abang Amy kata tak perlu risau tapi dia tetap ‘tembak’ saya.

“Saya tidak tahu apa yang jadi kepada mereka, saya diam dan tidak ‘post’ apa-apa sebelum lagu saya keluar. Saya tak ada perancangan untuk viralkan lagu itu sebab saya sudah tiga tahun menunggu untuk hasilkan lagu raya.

“Saya tanya abang Amy nak cakap apa bila Datuk sudah cakap macam tu, nak balas apa. Secara jujurnya, sebenarnya dia yang tolak lagu itu dan saya terpaksa jadi ‘backup’ sebab ramai orang tunggu, itu memang bukan konten,” katanya kepada URTV. 

Farez tidak menafikan kontroversi tersebut sedikit sebanyak membantu menaikkan namanya dan dikenali ramai.

“Saya anggap ini rezeki sahaja, dengan cara itu orang kenal saya, bila orang kata saya tumpang, memang tidak boleh dinafikan. 

“Ibarat ‘menumpang’ populariti dia dengan cara ‘bad marketing’,” ujarnya.

Farez Adnan – GAMBAR: Abd Razak Aid

Pada masa sama, Farez turut mendedahkan kritikan yang diterima daripada pelbagai pihak telah mengganggu mentalnya. 

“Tipulah kalau tidak terkesan sebab kata-kata kesat orang bagi, sedikit sebanyak memberi impak kepada diri saya, rasa macam ‘kenapa kau nak cakap macam tu, kau tidak tahu aku siapa, ibaratnya macam itulah,” jelasnya lagi.

Pada awalnya Farez menyifatkan Aliff seorang yang baik namun perasaan kecewa timbul selepas dia mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaannya menerusi video di media sosial.

Tambahannya, mereka pernah bertemu di Akademi Fantasia 2014 di mana Aliff merupakan salah seorang penaja.

“Saya tekankan di sini saya tidak curi lagu sebab dia yang ‘reject’ lagu itu. 

“Jadi bila dia ‘reject’ lagu itu, saya okay sahaja kerana saya menghormati dia sebagai ‘somebody’. Agak kecewa apabila dia sebut kata-kata yang tidak elok itu.

“Saya pernah jumpa dia di luar, waktu Akademi Fantasia 2014 dia salah seorang penaja. Dia sangat baik dan ‘soft spoken’. 

“Jadi apabila dia buat begini, saya tidak tahu niatnya untuk buat konten atau memang sakit hati dengan saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Farez menyatakan dia bersedia untuk berjumpa dengan Aliff untuk berbincang jika ada peluang.

“Kalau dapat jumpa, saya akan jumpa dengan dia. Kami pun masih belum berhubung. Kita bersemuka cerita apa yang dia tidak puas hati…semua perkara boleh berbincang. 

“Untuk berjumpa beramai-ramai mungkin tidak, jika berjumpa dengannya sendirian saya okay,” jelasnya kepada URTV.

Farez ditemui di Majlis Iftar Raya 2024 Bersama Artis RUSA dan MVM di Geno Hotel, Subang Jaya, semalam. 

Terdahulu, Aliff mendakwa Farez mencuri konsep lagu raya dan juga para penarinya.

Malah, Aliff turut mempersoalkan tindakan komposer, Amy yang memberikan lagu tersebut kepada orang lain walaupun wang deposit sudah dibayar.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This