KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menyifatkan, gejala rasuah sebagai jenayah yang ‘unik’ sifatnya.
Ini kerana, jelas beliau, penjenayah-penjenayah rasuah masa kini semakin licik dan berpengetahuan dalam mengatasi kelemahan undang-undang sedia ada.
Selain itu, katanya, era dunia tanpa sempadan dan perkembangan pesat teknologi maklumat juga menyebabkan tugas membanteras rasuah semakin mencabar dan bertambah kompleks.
“Oleh itu, SPRM turut bergantung kepada media bagi memastikan segala informasi dan mesej antirasuah sampai ke setiap lapisan masyarakat di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Media SPRM, malam ini yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali.
Azam pada masa sama meminta media untuk tidak membuat laporan berat sebelah atau yang bersifat memanipulasi sesuatu isu.

Ujarnya, tidak kira sama ada media konvensional atau digital, prinsipnya ialah nilai sebuah berita itu terletak pada kualiti dan kredibiliti berita dan bukan pada sensasi semata-mata.
Baca artikel lain: Pihak yang dakwa kerajaan akan keluarkan lesen kasino perlu diambil tindakan – Anwar
“Ketika ini, media arus perdana masih merupakan sumber utama dan perlu diyakini berbanding media sosial.
“Ini kerana kelompok media arus perdana terdiri daripada kumpulan pengamal media yang profesional, terlatih, berlesen dan berautoriti.
“Jadi penyampaian berita yang dihasilkan itu berpandukan kepada sumber yang sahih,” katanya.
Katanya lagi, media arus perdana turut memainkan peranan yang signifikan dalam menangkis penularan berita-berita palsu yang disebarkan di media sosial.
“Jangan pula menjadikan berita tohmahan di media sosial yang tidak dapat dipastikan kesahihahnya sebagai berita di arus perdana,” tegas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

