Anwar bertemu pemimpin industri, usaha tarik pelaburan berkualiti tinggi Qatar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan meja bulat bersama pemimpin industri beberapa syarikat utama yang berpangkalan di Qatar, semalam.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri memaklumkan pertemuan itu merupakan sebahagian usaha agresif Malaysia menerusi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi ke dalam negara.

Menerusi pertemuan itu, Anwar berkata, beliau telah memberi taklimat terkait iklim terkini pelaburan di Malaysia.

Pada masa sama, beliau juga meyakinkan pelabur bahawa Malaysia boleh menjadi destinasi pelaburan pilihan dan rakan perdagangan yang kompetitif.

“Antara syarikat yang terlibat dalam pertemuan ini adalah Estithmar Holding; Baladna; Taleb Group; Morex Group; Tamam Capital dan Al Mana Group.

“Semoga Malaysia muncul sebagai destinasi pelaburan berpotensi kepada pelabur dari Qatar serta negara-negara lain, Insya-Allah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: PM Anwar bertemu delegasi Hamas di Qatar

Anwar dalam rangka lawatan rasmi selama tiga hari hingga hari ini ke Qatar untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan Qatar dalam pelbagai aspek.

Lawatan sulung Perdana Menteri ke Negara Teluk itu adalah atas jemputan Emir Qatar Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani dan bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Qatar.

Dari Januari hingga Mac 2024, jumlah perdagangan Malaysia dengan Qatar meningkat 178.4% kepada RM1.43 bilion (US$303.9 juta) berbanding RM514.9 juta (US$116.7 juta) untuk tempoh yang sama pada 2023.

Pada tahun 2023, Qatar merupakan rakan dagangan kelima terbesar Malaysia, destinasi eksport keenam terbesar dan sumber import keenam terbesar dari rantau Asia Barat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This