UMNO menyatakan kesediaan untuk menimbang menerima semula mereka yang disingkirkan ketika melakukan proses pemutihan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, peluang tersebut diberikan selepas melihat mereka masih menunjukkan kesetiaan dan berminat menyertai semula parti terbesar kaum Melayu itu.
“Di Negeri Sembilan, Setiausaha UMNO negeri dan bahagian sudah diarah membuat tapisan setiap permohonan yang dibuat bagi memastikan mereka yang masih mempunyai kecenderungan dan kesetiaan kepada parti diambil semula sebagai ahli.
“Proses pemutihan dilakukan parti sebelum ini bertujuan membersihkan parti daripada mereka yang tidak berminat lagi dengan UMNO dan beranggapan parti itu akan menjadi lemah,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan UMNO cawangan Amar Penghulu di Dewan Budaya Kampung Amar Penghulu, semalam.
Jalaluddin berkata, proses pemutihan itu juga tidak menggugat parti berikutan cawangannya di seluruh negeri berjaya menjalankan mesyuarat cawangan mengikut jadual.
Baca artikel lain: KOPSYA lancar produk pelaburan khas Al-Falah
Katanya ada bahagian seperti di Jelebu yang menyaksikan pembukaan cawangan baharu sekali gus menambah jumlah ahli UMNO.
“UMNO sudah melalui pelbagai dugaan dan cabaran dan dilanda pelbagai masalah tetapi keistimewaan parti ini apabila dilanda masalah ia mempunyai kaedah tertentu mengatasinya,” katanya lagi.
Sementara itu Jalaluddin yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan berkata mengukuhkan parti, pembangunan dan kerajaan antara usul paling banyak diterima daripada cawangan UMNO yang sudah bermesyuarat.
Katanya, UMNO akan mengadakan mesyuarat sebaik kesemua cawangan UMNO selesai mengadakan mesyuarat bagi meneliti usul setiap cawangan sebelum diambil tindakan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

