SEORANG daripada dua lelaki yang ditembak mati oleh pihak polis dalam aksi kejar-mengejar di Lebuhraya Utara-Selatan Arah Utara malam tadi mempunyai 23 rekod jenayah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek tersebut juga masih mempunyai enam rekod dikehendaki polis.
Manakala, jelas beliau, identiti seorang lagi suspek yang ditembak mati masih dikenal pasti oleh pihak polis.
Menurut Hussein, kejadian berlaku apabila sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak mengekori sebuah kereta jenis Proton Waja warna Kelabu yang dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, suspek yang menyedari telah diekori polis bertindak melarikan diri dan memasuki Lebuhraya Utara-Selatan Arah Utara.
“Pasukan polis telah mengejar suspek sehingga masuk ke Hentian Sebalah Tanjung Malim Arah Utara (KM396.5) dan telah berjaya menghentikan kenderaan suspek.
“Semasa kejadian, suspek telah bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis dan polis kemudian membalas tembakan tersebut sehingga keadaan selamat.
“Pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek di dalam kenderaan tersebut berlumuran darah dan telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Hussein berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.
Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lain berhubung kejadian tersebut boleh tampil ke balai polis berhamiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

