Harga lembu korban masih sama seperti tahun lalu – Mohamad Sabu

Dari Penulis

HARGA lembu untuk ibadah korban masih sama seperti harga tahun lalu, dan jika ada pun kenaikan atau penurunan mungkin hanya berlaku di beberapa kawasan sahaja.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, harga satu bahagian korban sempena Aidiladha masih sekitar RM750 hingga RM850 ke atas dengan anggaran seekor lembu sekitar RM5,000 dan ke atas.

“Dulu, memang ada kes harga lembu murah disebabkan kemarau, Sungai Golok kering, cetek, lembu diseludup, pakai heret lembu ikut sungai.

“Kita memang nak murah tapi kena lihat daripada sudut kesihatan, keselamatan juga,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Latihan kerja Rasmi dan Perasmian HL Agro Farm KB Sdn Bhd Bersama Komuniti Penternak dan Peladang Kelantan 2024 di Kampung Sri Kemunting, Gunong, hari ini.

Baca artikel lain: MOT diarah bantu siasatan dakwaan kontena syarikat kapal Israel di Iskandar Puteri

Turut hadir, Pengarah Urusan HL Agro Farm KB Sdn Bhd, Nik Mohd Suwardy Nik Mat.

Mohamad Sabu yakin pihak berkaitan seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Veterinar dan agensi lain yang berkaitan melaksanakan kawalan undang-undang bagi mengekang aktiviti sedemikian.

Katanya, lembu seludup dibimbangi boleh mendatangkan bawaan penyakit kepada ternakan lain dan lebih berbahaya memberi kesan penyakit kepada manusia.

Ini berikutan, ternakan mungkin tidak divaksin atau mendapat penjagaan dan pemakanan yang baik.

“Setakat makluman kita juga, bekalan lembu korban untuk Aidiladha tahun ini adalah mencukupi,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This