AJINOMOTO (Malaysia) Berhad meneruskan komitmen terhadap kesihatan dan kesejahteraan dengan menjadi penaja utama sempena Bulan Nutrisi Malaysia (NMM) 2024 baru-baru ini.
Kempen yang diadakan di Pavilion Bukit Jalil itu turut menyaksikan Ajinomoto sebagai penaja utama untuk tahun kelima berturut-turut.
Bulan Nutrisi Malaysia 2024 juga menjadi medan Ajinomoto mempromosikan ‘Smart Eating, Active Living‘ dalam kalangan masyarakat.
Ajinomoto dalam kenyataan memberitahu, inisiatif tersebut adalah sebahagian penciptaan nilai bersama oleh Kumpulan Ajinomoto yang bertujuan meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat di seluruh dunia.
Jelasnya, Ajinomoto Malaysia juga telah secara aktif menyumbang kepada peningkatan kesihatan masyarakat di negara ini.
“Program Bulan Nutrisi Malaysia yang diasaskan sejak tahun 2002 ini juga telah diiktiraf sebagai inisiatif pendidikan nutrisi utama negara yang dianjurkan tiga organisasi profesional nutrisi dan dietetik terkemuka negara.
“Ia bermatlamat meningkatkan pemahaman terhadap nutrisi dan kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Ajinomoto, MAREA jalin kerjasama pupuk amalan kelestarian
Bulan Nutrisi Malaysia 2024 menggunakan tema ‘Ubah pemikiran kepada mencegah penyakit berkaitan diet’ bagi menekankan kepentingan mengamalkan pendekatan proaktif dalam mencegah malnutrisi berkaitan diet.
Katanya, tema tersebut menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengubah pemikiran mereka ke arah pencegahan dan mengamalkan pemakanan sihat serta gaya hidup aktif.
Ajinomoto berkata, program yang berlangsung selama lima hari berakhir 26 Mei lalu itu menyaksikan kehadiran lebih 6,000 pengunjung.
“Secara tidak langsung menggambarkan komitmen masyarakat terhadap kepentingan menjaga pemakanan dan amalan gaya hidup sihat.
“Semasa program tersebut, Ajinomoto memperkenalkan konsep baharu bagi pemakanan pintar dengan mengurangkan penggunaan garam dan menambah monosodium glutamate (MSG) bagi mengurangkan kandungan sodium.
“Pada masa sama, Ajinomoto menggalakkan orang ramai untuk hidup aktif menerusi minuman jeli dengan asid amino, aminoVITAL yang dapat membantu meningkatkan prestasi dan ketahanan otot,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

