Remaja bakar kucing dikenakan bon kelakuan baik selama setahun

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG remaja lelaki berusia 13 tahun yang sebelum ini didakwa membakar seekor anak kucing hidup-hidup di sebuah pangsapuri pada April lalu dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun oleh Mahkamah Majistret Kajang, hari ini.

Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz memerintahkan demikian ke atas pesalah juvana itu selepas meneliti laporan akhlak yang dikemukakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Oleh itu, remaja berkenaan wajib memenuhi syarat bon berkenaan untuk menghadiri bengkel interaktif anjuran JKM selama setahun bersama ibunya.

Selain itu, remaja berkenaan turut diperintahkan sekatan keluar rumah dari jam 10 malam sehingga jam 6 pagi, juga dalam tempoh yang sama, sebagai syarat tambahan perintah.

Peguam Lee Teong Hooi ketika ditemui pemberita selepas prosiding itu selesai memberitahu bahawa remaja berkenaan dalam rayuannya memohon maaf selain menyatakan hasrat untuk membela kucing.

“Remaja itu memohon maaf kepada mahkamah, dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

“Dia juga ada beritahu yang dia kini lebih menyanyangi kucing dan mahu bela kucing banyak-banyak,” katanya.

Tambahnya, dua penasihat Mahkamah Kanak-Kanak, Mohd Yunus Mohamed Ali dan Lisa Lai Wai Ching yang turut hadir ke prosiding itu menasihatkan agar remaja itu belajar bersungguh-sungguh dan tidak merisaukan ibunya.

“Mereka turut menasihatkan remaja itu untuk menjaga ibunya dan tidak mudah terpengaruh dengan perbuatan tidak baik daripada kawan-kawannya,” ujarnya lagi.

Baca: Remaja 13 tahun mengaku bersalah bakar kucing hidup-hidup

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhanim Abdul Halim memohon perintah bersifat pengajaran kepada tertuduh dengan harapan dapat memupuk rasa simpati dan empati remaja berkenaan selain mempertimbangkan faktor kepentingan awam.

Sementara itu, mahkamah turut mengenakan bon dengan cagaran RM1,000 ke atas ibu remaja tersebut selain wajib untuk menghadiri bengkel oleh JKM bersama anaknya itu serta memastikan remaja terbabit tidak melanggar mana-mana perintah mahkamah.

Sebelum ini pada 3 Mei lalu, remaja terbabit mengaku bersalah di Mahkamah Majistret sama atas pertuduhan itu.

Mengikut kertas pertuduhan, pesalah juvana itu didakwa bersama-sama dengan dua orang yang masih bebas, secara kejamnya menyebabkan kesakitan kepada seekor kucing dengan membakar haiwan itu di sebuah pangsapuri di Kajang pada jam 1.08 petang, 22 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 Haiwan 2015 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan dia boleh didenda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This