SEBARANG bentuk pengguguran pelaburan BlackRock Inc di Malaysia akan mendatangkan kesan tidak baik kepada persekitaran ekonomi negara yang kini berdepan dengan cabaran.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mendedahkan, hal ini kerana firma global itu memiliki pelaburan ekuiti dalam 100 syarikat melibatkan nilai aset RM27.5 bilion.
Jelasnya, jumlah tersebut membabitkan nilai RM20.5 bilion di bursa saham serta RM7 bilion lagi dalam bentuk bon kerajaan dan syarikat korporat.
“Kalau ada pengguguran pelaburan BlackRock di Malaysia, sekiranya berlaku, jelas sekali akan mendatangkan implikasi negatif kepada usaha untuk merealisasikan agenda pelaburan negara,” katanya.
Baca artikel lain: Remaja bakar kucing dikenakan bon kelakuan baik selama setahun
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Guang Eng bertanyakan jumlah pelaburan BlackRock atau syarikat yang kaitan dengannya di Malaysia, negeri mana terbabit dan apakah impak kepada ekonomi sekiranya semua pelaburan BlackRock digugurkan.
Tengku Zafrul menambah, BlackRock sudah beraada di Malaysia sejak tahun 1990-an lagi dan memiliki pelaburan ekuiti merangkumi sektor industri dengan tiga entiti terbesar membabitkan institusi perbankan.
Katanya lagi, setakat 31 Mac lalu, aset di bawah pengurusan BlackRock sudah bernilai RM49.35 trilion dan syarikat itu turut memegang saham dalam hampir semua syarikat senaraian awam di seluruh dunia.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

