MESYUARAT khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan urusan dan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan sedang berlangsung di Menara SPR, Putrajaya.
Mesyuarat dipengerusikan Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun itu bermula pada pukul 10 pagi, antaranya bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRK berkenaan seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain.
Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom dan Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak.
SPR dijangka mengadakan sidang media dalam 12 tengah hari selepas selesai mesyuarat berkenaan.
Baca artikel lain: Mahkamah tolak permohonan injunksi sementara Mohd Azizi henti PRK DUN Nenggiri
Pada 19 Jun lepas, Ikmalrudin dilaporkan berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berhubung kekosongan luar jangka kerusi N43 Nenggiri.
Mohd Amar berkata keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun lepas.
Menurut Mohd Amar, parti Bersatu pada 12 Jun lepas juga memaklumkan Mohd Azizi telah hilang keahlian, dan seterusnya berlaku kekosongan luar jangka pada kerusi berkenaan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

