YBR, SPRM bekerjasama banteras rasuah bermula dari mahasiswa dan mahasiswi

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SERAMAI 126 mahasiswa menyertai Program Konvensyen Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) dalam usaha memberi pengetahuan dan kesedaran memerangi rasuah adalah tanggungjawab bersama.

Mereka terdiri daripada mahasiswa dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pendidikan Guru (IPG), Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dan juga Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Program yang menghimpunkan Presiden dan Timbalan Presiden AMAR dalam kalangan mahasiswa itu dijalankan selama tiga hari dengan objektif mendedahkan bahaya rasuah serta bencana yang akan menimpa negara jika tidak dibendung.

Sokongan daripada pemimpin-pemimpin pelajar dari seluruh IPTA dan IPTS dalam memberi pemahaman tentang bahayanya rasuah amat-amat diharapkan.

Selain itu, program ini bertujuan melahirkan pelajar yang mampu menggerakkan kesedaran supaya menjadi sebuah masyarakat peka dan prihatin terhadap inisiatif pencegahan rasuah serta membudayakan perkara betul di dalam kehidupan.

Majlis perasmian program yang dijalankan di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka itu telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nazli Rasyid Sulong.

Baca artikel lain: 6 Ahli Parlimen Bersatu serah surat kepada Speaker

Hadir sama dalam sesi perasmian ini adalah Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat (YBR), Syaiful Rizal Abdul Ghani; Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Pada masa sama, Nazli berterima kasih kepada YBR kerana menaja program kesedaran ini sebagai pendedahan akan bahayanya rasuah dan kesan rasuah kepada diri serta organisasi.

“Maka, kesedaran ini perlu dipupuk dari peringkat IPTA dan IPTS lagi agar negara tidak tandus modal insan berintegriti dan bersifat antirasuah di masa hadapan.

“Saya berharap program ini akan diteruskan lagi di masa akan datang dan jadikan sebagai acara tahunan.

“Ia sekali gus menjadi kempen pencegahan rasuah yang lebih sistematik, bersepadu dan berterusan di kalangan mahasiswa yang mana mereka bakal menjawat jawatan sebagai pegawai di sektor awam mahupun swasta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagi mewujudkan modal insan berintegriti, Syaiful Rizal berkata, mahasiswa perlu dari awal didekati untuk dipupuk dan diperkukuhkan dengan nilai-nilai murni serta asas pendidikan antirasuah secara tidak formal bagi memastikan ketelusan dan integriti dapat disemat di hati mereka ketika masih belajar lagi.

“Inisiatif ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa untuk mengamalkan budaya kerja yang baik, bebas rasuah, meningkatkan disiplin dan integriti serta sikap tanggungjawab dalam tugas yang di amanahkan seawal di peringkat IPT,” katanya.

Syaiful Rizal berkata, kerjasama dengan Seksyen Pendidikan Tinggi, Cawangan Pendidikan Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM memberi kesan positif terhadap penyertaan pelajar dalam mempelajari dan mendalami kepentingan antirasuah.

Jelasnya, usaha ini diharapkan dijadikan sebagai pemangkin bagi melahirkan generasi penggerak bagi aktiviti pendidikan antirasuah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan lanjut perjanjian cari MH370 setahun lagi, kekal konsep ‘no find, no fee’

JEMAAH Menteri bersetuju melanjutkan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat Ocean Infinity bagi meneruskan usaha pencarian bangkai pesawat Malaysia...

More Articles Like This