Pendidik harus jadikan kenyataan PM sebagai pandangan positif – Fadhlina

Dari Penulis

PENDIDIK harus menjadikan kenyataan Perdana Menteri tentang pengecualian kenaikan pangkat kepada guru yang melanggar disiplin sebagai pandangan positif.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, beliau tidak menolak bahawa sebilangan kecil sahaja yang gagal menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik.

“Tetapi secara keseluruhannya kita di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberikan jaminan guru-guru yang terlatih, cukup komited dan memberikan tumpuan sepenuh jiwa raga mereka untuk pendidikan negara.

“Apatah lagi kita sedang melangkah ke agenda-agenda yang penting berkaitan dengan kurikulum baharu 2027 (Kurikulum Persekolahan 2027) termasuklah pelan pembangunan pendidikan 2025 dan sekarang ini sedang membina pelan pendidikan yang baharu,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas selesai Majlis Penyerahan dan Perasmian Bangunan Projek naik taraf Sekolah Menengah Vokasional Dato’ Lela Maharaja kepada Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri dilaporkan berkata, kerajaan menerima prinsip kenaikan pangkat secara “time-based”, namun menegaskan bagi guru yang cuai dan lemah dari segi disiplin, kemudahan itu akan dikecualikan.

Baca artikel lain: 20,000 unit CCTV diperlukan pantau jenayah, lalu lintas di KL

Sementara itu dalam perkembangan berlainan, Fadhlina berkata, projek menaik taraf Sekolah Menengah Vokasional Dato’ Lela Maharaja kepada Kolej Vokasional melibatkan kos RM10.4 juta yang menawarkan sembilan program.

Katanya, projek tersebut telah siap sepenuh pada 28 Mei 2022 melibatkan fasiliti bengkel kayu dan rumah Orkid bagi Program Landskap, tractor implementation shade (Program Teknologi Mekanisasi Agro), Pusat Asuhan Ikan (Program Akuakultur), Kandang Lembu Tenusu (Program Agroindustri Ternakan Ruminan) dan Mock Office (Program Pengurusan Perniagaan).

“KPM sentiasa berusaha menambah baik infrastruktur dan kualiti pendidikan vokasional khususnya bidang pertanian dan selari dengan kemajuan teknologi pertanian.

“Kolej Vokasional perlu menjadi peneraju kepada kepakaran pelbagai bidang dalam negara. Hala tuju negara selari dengan reformasi agenda pendidikan negara.

“Saya selalu sebutkan mentaliti terhadap bidang vokasional ini perlu berubah, ia bukan akademik kelas kedua tetapi tetapi pendidikan arus perdana yang perlu difahamkan semua lapisan masyarakat.Infrastruktur kolej vokasional ini penting, kita harus lihat keperluannya dengan perkembangan semasa,” katanya lagi.

Beliau berkata, usaha menaik taraf kolej vokasional dapat mengukuhkan pengiktirafan seperti Malaysian Qualification Agency (MQA) bagi program diploma, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki kurung remaja tukar pengakuan tidak bersalah buat amang seksual

SEORANG lelaki yang mengurung dan mengikat remaja lelaki berusia 14 tahun menukar pengakuan kepada tidak bersalah atas pertuduhan melakukan...

More Articles Like This