138 unit walkie-talkie tak diperakui bernilai lebih RM20,000 dirampas – MCMC

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEBANYAK 138 unit walkie-talkie bernilai lebih RM20,000 dirampas dalam operasi yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ke atas tiga premis di Jalan Pasar, Pudu, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

MCMC dalam kenyataan memberitahu, hasil pemeriksaan mendapati, ketiga-tiga premis berkenaan menjual kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui.

Katanysa, operasi melibatkan 10 pegawai MCMC itu merupakan strategi berterusan bagi memastikan para peniaga alat komunikasi mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tidak menjual alatan tidak diperakui kepada pengguna.

“Penjualan dan penggunaan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui adalah satu kesalahan di bawah Peraturan 16 (1)(b) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

“Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“MCMC mengingatkan orang ramai untuk tidak melibatkan diri dengan aktiviti menjual, memiliki dan menggunakan apa-apa kelengkapan komunikasi yang tidak mempunyai pemerakuan,” katanya hari ini.

Baca artikel lain: Lim Kit Siang dahului senarai penerima darjah kebesaran P. Pinang

Menurut MCMC, penggunaan kelengkapan komunikasi tidak diperakui boleh menjejaskan kualiti perkhidmatan yang diterima daripada penyedia perkhidmatan komunikasi selain menyebabkan gangguan frekuensi kepada rangkaian perkhidmatan komunikasi dan akhirnya mengundang masalah kepada pengguna lain.

Selain itu, katanya, kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui boleh menyebabkan kerugian kepada pengguna jika tidak berfungsi dengan baik kerana tidak mempunyai jaminan pelanggan.

Dalam masa yang sama, peranti yang tidak diperakui juga boleh menimbulkan risiko kesihatan dan keselamatan.

“Berkuat kuasa 1 Jun 2015, setiap peralatan komunikasi di Malaysia wajib dilengkapi dengan label MCMC sebagai tanda pemerakuan wajib bagi mengesahkan peralatan komunikasi telah diperakukan dan mematuhi piawaian.

“Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan aplikasi ‘MCMC Check Your Label’ yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store, untuk menyemak status pemerakuan setiap kelengkapan komunikasi sebelum membeli.” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This