SATU kerangka kawal selia baharu bagi memastikan ekosistem internet yang lebih selamat kepada kanak-kanak dan keluarga akan diperkenalkan pada 1 Ogos ini.
Perkara tersebut diumumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan hari ini.
Menurut MCMC, kerangka kawal selia baharu itu akan mula dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2025.
Suruhanjaya itu memberitahu, penggubalan kerangka baharu itu selaras dengan keputusan Jemaah Menteri bahawa perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan internet mesti mematuhi undang-undang Malaysia.
“Keputusan tersebut dilakukan demi memerangi peningkatan kes jenayah siber termasuk penipuan dalam talian; buli siber dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Mengulas lanjut, MCMC memberitahu, menerusi kerangka baharu itu semua perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi.
Baca artikel lain: 138 unit walkie-talkie tak diperakui bernilai lebih RM20,000 dirampas – MCMC
Jelasnya, lesen tersebut perlu dimohon di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
MCMC menegaskan, kegagalan perkhidmatan media sosial dan pesanan internet memperoleh lesen selepas tarikh kuat kuasa kerangka kawal selia baharu itu adalah satu kesalahan dan tindakan perundangan sewajarnya boleh diambil di bawah Akta 588.
“Sebelum ini, platform-platform tersebut telah dikecualikan daripada keperluan pelesenan berdasarkan Perintah Komunikasi dan Multimedia (Pelesenan) (Pengecualian) 2000.
“Kerangka kawal selia baharu tersebut hanya terpakai kepada platform yang menepati syarat kelayakan pelesenan dan tidak melibatkan pengguna.
“Langkah ini bakal mewujudkan ekosistem dalam talian lebih selamat serta pengalaman yang lebih baik untuk pengguna terutama kanak-kanak dan seisi keluarga,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

