PEMEGANG Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 lebih 10 tahun layak menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, program itu akan dijalankan bermula 1 Oktober depan dan pemohon bagaimanapun perlu memenuhi syarat ditetapkan.
Jelas beliau, antaranya menghadiri dan lulus program peralihan serta penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di institut memandu (IM) dengan kos yuran sebanyak RM160.
“Melalui program amali itu, pemohon mesti mendapatkan pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar oleh ‘Qualified Training Officer’ (QTO) di IM.
Baca artikel lain: Gelanggang PRK Nenggiri dibuka esok
“Pengesahan ini amat penting bagi memastikan tahap kompetensi dan keupayaan seseorang untuk mengendalikan motosikal berkuasa besar, demi meningkatkan tahap keselamatan pemanduan individu terbabit,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat Kementerian Pengangkutan, hari ini.
Tambah Loke berkata, pemohon juga perlu menjalani program amali penunggangan, informasi pemanduan selamat dan informasi pengoperasian motosikal berkuasa besar, untuk tempoh dua jam sahaja.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

