SATU pasukan khas akan ditubuhkan bagi menyiasat kes sindiket menggunakan dron menyeludup dadah ke dalam penjara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, kes tersebut bukanlah suatu perkara yang baharu bagi pihak polis.
“Pada tahun ini sahaja sebanyak tujuh kes penyeludupan dadah menggunakan dron dilaporkan di penjara membabitkan di Kedah, Melaka, Sarawak dan Johor.
“Sindiket ini cuba mengaburi pihak polis dengan menggunakan dron untuk menceroboh ke dalam penjara,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.
Baca artikel lain: Kronologi kehilangan dan penahanan suspek pembunuhan Cikgu Istiqomah
Kok Chin berkata, pihaknya akan menyiasat sama ada berlakunya salah laku membabitkan pihak tertentu atau individu.
“Satu pasukan khas terdiri daripada pasukan JSJN telah ditubuhkan untuk membantu siasatan penyeludupan yang berlaku di Penjara Tapah, Perak serta sebelumnya,” katanya lagi.
Pada Sabtu lalu, media melaporkan cubaan menyeludup dadah ke dalam penjara Tapah digagalkan oleh seorang warden yang ternampak dron itu di atas bumbung penjara.
Selepas memeriksa beg pakaian yang dipasang pada dron itu, warden menemui tiga paket berisi serbuk putih yang dipercayai heroin dan methamphetamine.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

