PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan delegasi Turkiye diketuai Menteri Pertahanan, Yasar Guler dalam majlis makan tengah hari di Seri Perdana hari ini.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri memaklumkan, delegasi Menteri Pertahanan Turkiye itu turut disertai Ketua Organisasi Perisikan Nasional Turkiye (MIT), Ibrahim Kalin.
Menurutnya, beliau dan delegasi Turkiye itu berbincang panjang soal perkembangan isu geopolitik serantau terutama membabitkan krisis kemanusiaan di Palestin.
Baca artikel lain: Lawatan PM Anwar ke India esok kukuhkan hubungan dua hala
Pada masa sama, Anwar berkata, mereka turut mengadakan perbincangan mengenai usaha meningkatkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.
“Kami berbicara panjang seputar perkembangan isu geopolitik serantau terutamanya membabitkan krisis kemanusiaan di Palestin.
“Kami juga berbincang terkait usaha untuk meningkatkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara termasuk dalam sektor keselamatan dan pertahanan dan cadangan lawatan Presiden Erdogan ke Malaysia dalam masa terdekat,” katanya dalam hantaran tersebut.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, Yasar dan Ibrahim turut menyampaikan mesej daripada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berhubung beberapa cadangan serta tindakan susulan dalam usaha bersama menoktahkan peperangan di Gaza.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

