LAPORAN Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan (Suruhanjaya) akan dibentang dan dibahaskan di Parlimen.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, hal itu selepas laporan tersebut telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri semalam.
Jelas beliau, laporan itu dibentangkan oleh Pengerusi Suruhanjaya, Tun Md Raus Sharif.
“Jemaah Menteri amat prihatin terhadap isu kedaulatan negara dan membuat keputusan supaya Laporan Suruhanjaya in dibentangkan di Parlimen dan syor-syor yang dikemukakan dibahaskan di Parlimen,” katanya dalam kenyataan.
Untuk rekod, pada 28 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Batu Puteh manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia.
ICJ juga memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.
Malaysia memohon semakan terhadap keputusan itu pada 2 Februari 2017.
Namun, pada Mei 2018, kerajaan PH di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan hanya dua minggu sebelum pendengaran dijadual berlangsung, iaitu pada 11 Jun 2018.
Dr Mahathir memberi keterangan ketika sidang tertutup RCI pada 12 Jun lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

