KERJA-KERJA baik pulih paip yang dilaksanakan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menjadi punca mendapan tanah yang berlaku di hadapan bangunan Ariani berhampiran Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Perkara itu disahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan yang dimuat naik ke Facebook, hari ini.
Menurut DBKL, pihak SYABAS telah dimaklumkan berhubung mendapan tanah tersebut.
Katanya, kerja-kerja baik pulih mendapan berkenaan akan dilakukan segera dan dijangka selesai dalam tempoh tiga hari.
“DBKL ingin merujuk kepada gambar yang tersebar di media sosial berkaitan berlaku mendapatan kecil tanah di hadapan bangunan Ariani berhampiran Jalan Masjid India.
“Mendapan tanah ini adalah kesan dari kerja baik pulih paip yang dilaksanakan SYABAS sebelum ini,” katanya dalam hantaran tersebut.
Baca artikel lain: Tanah Jerlus: DBKL pantau kawasan terlibat dengan teliti – PM Anwar
Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India yang masuk hari kelapan diteruskan pagi tadi selepas ditangguhkan kira-kira jam 5 pagi tadi.
Difahamkan operasi SAR yang memasuki hari kelapan hari ini masih memfokuskan kepada usaha untuk merungkai ‘backlog’ melibatkan timbunan sepanjang 15 meter di lurang kumbahan di Wisma Yakin, kira-kira 44 meter dari lokasi utama kejadian yang dikesan semalam.
Pada 23 Ogos, seorang wanita warga India dikenali sebagai G. Vijaya Lakshmi, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran.
Operasi SAR diaktifkan pada hari sama melibatkan anggota pasukan keselamatan dan pihak berkuasa tempatan yang telah menggunakan pelbagai teknik termasuk kaedah jetting, flushing dan menyedut air keluar dari lokasi kejadian, dalam usaha mengesan mangsa.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

