KENYATAAN Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung isu sijil halal bukan pendirian Pakatan Harapan (PH).
Itu penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyifatkan kenyataan Teresa itu menimbulkan kontroversi yang tidak perlu kepada masyarakat dalam negara.
Anwar yang juga Pengerusi PH turut menasihati mana-mana pemimpin politik untuk mengemukakan sebarang cadangan atau kebimbangan dalam mesyuarat supaya boleh diteliti dengan menyeluruh.
Pada masa sama, Perdana Menteri menegaskan, Teresa yang juga Naib Pengerusi DAP tidak sewajarnya mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak membantu menjernihkan keadaan.
“Tak payah jadi begini kerana ini menimbulkan kontroversi yang tidak relevan dalam masyarakat kita.
“Ada masalah… peraturan perlu supaya umat Islam tidak rasa was-was. Namun kalau dia (Teresa) rasakan peraturan itu tidak diperlukan di kawasan tertentu, bincanglah secara elok.
“Kalau dia mahu mewakili beberapa pihak, tidak mengapa… tetapi tidak perlu (buat kenyataan sedemikian secara terbuka) kerana ia tidak membantu untuk menjernihkan keadaan.
“Kita kena jaga sentimen muslim dan bukan Islam. Cara dia (adalah) runding secara elok dahulu. Bukan tunjuk kehebatan masing-masing.
Baca artikel lain: 90 peratus restoran 4Fingers kini mempunyai sijil halal
“Negara kita sudah dalam keadaan baik sekarang, politik sudah stabil, penghargaan dunia baik, ekonomi naik (justeru) perlu apa perkara ini nak merosakkan (keharmonian dan kesejahteraan negara),” katanya seperti dilapor Berita Harian Online, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (Arah Selatan), hari ini.
Kelmarin, Teresa dipetik sebagai berkata sijil halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa.
Ahli Parlimen kerajaan dari DAP itu berkata, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan dan beban kepada perniagaan kecil.
Ini kerana, Teresa mendakwa pengenalan pensijilan halal secara wajib akan menambah kos pentadbiran.
Sebelum itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengkaji cadangan untuk mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

