EXIM Bank Lancar Inisiatif Hijau RM1.5 Bilion Untuk Pembiayaan Mampan Menjelang 2027

Dari Penulis

EXPORT-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) melancarkan Inisiatif Global Hijau EXIM, komited untuk menyediakan sehingga RM1.5 bilion dalam pembiayaan mampan menjelang 2027. 

Inisiatif ini bertujuan menggalakkan penjagaan alam sekitar dengan membiayai projek hijau yang memberi impak besar.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata inisiatif itu sejajar dengan misi ketiga Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 – ‘Push for Net Zero’.

Kementerian kini menerajui pendekatan seluruh negara untuk menyahkarbon sektor pembuatan selain merebut peluang dalam bidang pertumbuhan hijau yang sedang berkembang.

“Inisiatif ini merangkumi tiga program teras untuk membantu perniagaan memenuhi piawaian kemampanan global dan membina daya tahan iklim, memberi tumpuan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam sektor eksport.

“Saya percaya ia akan memainkan peranan penting dalam membolehkan syarikat melengkapkan perjalanan kemampanan mereka.

“Inisiatif Global Hijau EXIM Bank merupakan gambaran jelas kepada komitmen bersama kami untuk memastikan perniagaan Malaysia dapat terus berdaya saing dalam menghadapi standard hijau global yang berkembang,” katanya dalam ucaptama pada Forum Kemampanan EXIM yang julung kali diadakan di sini hari ini.

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur

SEORANG pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur utama di kediamannya di Jalan Kampung Nangka, Kuching, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This