BN boleh menang di DUN Mahkota, lihatlah prestasi negara di bawah PM – Mat Sabu

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MELIHATKAN kepada prestasi yang dicapai oleh negara pada ketika ini, tiada masalah untuk Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Keyakinan itu dinyatakan oleh Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu sambil menyifatkan apa yang dilakukan oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu mempengaruhi keputusan PRK.

“Bang Mat yakin kerusi DUN Mahkota ini akan dimenangi oleh calon dari Barisan Nasional yang kini bersama dalam Kerajaan Perpaduan.

“Prestasi negara di bawah pimpinan Perdana Menteri mula menunjukkan peningkatan yang cukup positif. Nilai mata wang negara mengukuh saban hari dan ini memberikan manfaat yang cukup banyak terhadap ekonomi negara.

“Hari ini, negara kita aman dan kembali stabil, kita dapat lihat bukan sahaja pelabur asing mula datang, malah pelancong luar negara juga semakin ramai khususnya pelancong dari China,” katanya di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Kerajaan Madani tekad berjuang naik taraf kebajikan agensi bawah KDN

Pada masa sama, beliau menyeru rakyat supaya saling bantu-membantu bagi menjadikan negara ini lebih baik bukan sahaja untuk masa kini tetapi pada tahun-tahun mendatang.

“Bang Mat menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia kepada orang Melayu misalnya, carilah jalan bagaimana mereka boleh menjadi lebih baik dan berjaya dalam perniagaan.

“Bagi orang Cina yang sudah berjaya, bantulah kaum-kaum lain untuk turut sama berjaya. Barulah kita dapat membina negara yang aman dan sejahtera seterusnya menjadi negara yang hebat di rantau ini,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This