KERAJAAN Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad untuk menjaga dan membela kebajikan agensi-agensi yang berada dalam kelolaan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, malah Perdana Menteri turut mengamanahkan beliau supaya usaha menaik taraf aset-aset agensi berkaitan dilaksanakan dengan segera.
“Insya-Allah inisiatif ini saya akan teruskan bagi menghargai jasa perkhidmatan mereka. Atas jasa mereka, orang awam rakyat Malaysia dapat hidup aman dan selesa.
“Atas jasa mereka Malaysia menduduki tempat tinggi di ranking Global Peace Index.
Baca artikel lain: Program MADANI Rakyat Sarawakku Sayang sasar kehadiran 300,000 pengunjung
“Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya akan terus berjuang menaik taraf kebajikan agensi di bawah KDN, bukan sahaja PDRM tetapi juga agensi-agensi badan beruniform yang lain di bawah seliaan KDN,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan bersama anggota polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang yang turut disertai oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Sebelum ini, Razarudin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima peruntukan terbesar sebanyak RM1.35 bilion pada 2024 berbanding tahun sebelumnya bagi melaksanakan 12 projek pembangunan fizikal baharu.
Katanya, peruntukan yang diluluskan melalui Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) itu akan digunakan untuk pembinaan, antaranya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan balai polis.
Katanya lagi, projek itu termasuk pembinaan IPD, balai polis dan kuarters perumahan di beberapa negeri.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

