Malaysia, Korea Selatan hasrat tambah baik MoU ICT, libatkan teknologi AI

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA dan Korea Selatan berhasrat menambah baik intipati memorandum persefahaman (MoU) melibatkan kerjasama dua hala dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Langkah itu dinyatakan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil selepas mengadakan perbincangan dua hala dengan Menteri Sains dan ICT Korea Selatan, Yoo Sang-Im di Seoul, Korea Selatan, hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, Fahmi memaklumkan, MoU kedua-dua negara itu dijangka ditambahbaik menjelang November ini.

Menurut Fahmi, antara aspek penambahbaikan yang dicadangkan termasuk melibatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang kini semakin meluas digunakan dalam pelbagai bidang sejajar perkembangan era digital.

Beliau berkata, perbincangannya dengan syarikat-syarikat telekomunikasi di Korea Selatan bukan sekadar infrastruktur 5G semata-mata tetapi juga ‘5G dikuasakan AI’ dan memanfaatkan kelajuan internet untuk aplikasi AI.

“Mereka tidak memandang kepada 6G sekarang sebab mereka baru selesai pelaksanaan 5G sepenuhnya.

“Dalam kebanyakan perbincangan saya, sama ada menteri atau pihak industri, mereka menunjukkan bahawa fokus sekarang adalah aplikasi.

Baca artikel lain: Penggunaan spektrum, frekuensi berbeza dikaji atasi masalah liputan dalam bangunan – Fahmi

“Internet 5G memang laju tapi bila sudah laju, apa kita buat dengan kelajuan? Jadi, fokusnya adalah AI,” katanya dalam hantaran tersebut.

MoU yang ditandatangani pada 2019 menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan MSIT di Korea Selatan itu memberi manfaat kepada kedua-dua negara bagi jangka panjang dan meningkatkan pelaburan, serta memberi peluang yang luas untuk pertukaran teknologi tinggi antara kedua-dua negara.

Terdahulu, Fahmi dan Sang-Im mengadakan pertemuan hampir 30 minit dan membincangkan pelbagai isu seperti kesalinghubungan, pelaksanaan 5G Advanced, keselamatan siber, perfileman dan media sosial.

Ini merupakan pertemuan pertama Fahmi dengan Yoo yang baru dilantik sebagai menteri pada Julai lepas.

Fahmi kini dalam lawatan kerja ke Korea Selatan selama tiga hari bermula semalam.

Beliau dijadual menyampaikan ucaptama pada persidangan GSMA M360 APAC 2024 menerusi sesi Building the AI-Enabled Digital Backbone.

GSMA ialah sebuah organisasi global yang mewakili kepentingan pengendali rangkaian mudah alih di seluruh dunia dalam ekosistem mudah alih dan industri berkaitan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This