Semua institusi TVET Mara akan ditekankan asas agama

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEMUA institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah kendalian Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan ditekankan asas-asas agama dan fardu ain seperti tahsin solat.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut Asyraf Wajdi, hampir 100,000 pelajar yang tidak melalui pendidikan arus perdana atau kumpulan drop-out (tercicir) yang diberi peluang menyambung pengajian seperti di GiatMara perlu diberikan penekanan tentang asas-asas agama.

Jelasnya, perkara itu perlu dilakukan memandangkan kerajaan telah mula mengarusperdanakan dasar TVET di mana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Justeru, Asyraf Wajdi berkata, beliau telah meminta Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Mara untuk mewujudkan jawatankuasa menggubal modul khas agama bagi memantapkan dan memperkasa asas-asas agama termasuk akidah dan fardu ain.

“Ini kerana ada juga bila diuji, yang tidak fasih mengucap bahkan solat pun masih caca-marba.

Baca artikel lain: Pengusaha terlibat kes keracunan makanan di institusi pendidikan Mara akan disaman – Asyraf Wajdi

“Terkejut saya bila ada juga pelajar yang masuk GiatMara dan Institut Kemahiran Mara (IKM), bila uji syahadah dan solat pun tunggang-langgang,” katanya dalam hantaran tersebut hari ini.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi turut mencadangkan supaya modul khas agama itu menyelitkan kemahiran asas seperti pengurusan jenazah sebagai kemahiran tambahan yang boleh menjadikan pelajar tersebut bermanfaat dalam komuniti masyarakat di lokaliti masing-masing.

“Modul ini boleh dimasukkan dalam kurikulum TVET di semua institusi pendidikan Mara seperti GiatMara, IKM, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Malaysia-Japanese Industrial Institute (MJII) dan German-Malaysia Institute (GMI).

“Mara mahu melahirkan generasi TVET yang holistik dan seimbang teradun dengan empat elemen RISE iaitu (Religion, Innovation, Skill and Entrepreneurship) Insya-Allah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SKDS diperluas kepada jip, pikap syarikat mulai 15 Julai

KERAJAAN memperluaskan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap, sekali gus membolehkan...

More Articles Like This