Kelantan ucap terima kasih kepada Perdana Menteri, komited terus amalkan politik matang

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN Negeri Kelantan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan beberapa pengumuman yang dilakukan sempena lawatan kerja ke negeri itu, semalam.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerajaan negeri pimpinannya juga terus komited mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera.

Pada masa sama, kata beliau, Kerajaan Negeri Kelantan juga sentiasa terbuka kepada kerjasama yang membawa manfaat kepada negeri itu tanpa mengira perbezaan politik selagi selaras dengan prinsip ‘Membangun Bersama Islam’ yang menjadi dasar pentadbiran negeri.

Mohd Nassuruddin berkata, semangat federalisme perlu sentiasa dijunjung tinggi dalam memastikan kebajikan rakyat terus diberi keutamaan.

Katanya, perkara itu merupakan kunci kepada pembangunan berterusan dan kesejahteraan rakyat.

“Saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kunjungan dan lawatan kerja ke negeri Kelantan sempena pengurniaan darjah kebesaran daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Baca artikel lain: Kerajaan peruntuk RM8 juta tampung kos bina pusat dialisis Yayasan Sultan Kelantan – PM

“Kerajaan Negeri Kelantan menyambut baik beberapa pengumuman yang dibuat Perdana Menteri dalam kunjungan.

“Antaranya ialah komitmen berterusan pelaksanaan projek tebatan banjir; bekalan air bersih dan masalah bekalan air kepada pesawah.

“Menampung kos projek Pusat Dialisis Yayasan Sultan Kelantan Darul Naim sebanyak RM8 juta dan menambah baik Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu sebanyak RM5.5 juta,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Perdana Menteri melakukan lawatan kerja ke Kelantan sempena pengurniaan darjah kebesaran daripada Sultan Kelantan.

Selain itu, Anwar turut melawat Pasar Besar Siti Khadijah dan mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM5.5 juta untuk kerja-kerja baik pulih pasar ikonik tersebut.

Anwar turut mengumumkan Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM8 juta bagi menampung kos membina dan menyiapkan sebuah Pusat Dialisis Yayasan Sultan Kelantan Darul Naim.

Ahli Parlimen Tambun itu turut memberi jaminan masalah yang sedang dialami oleh pesawah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) akan segera selesai apabila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersetuju memberi kelulusan bersyarat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This