Kerajaan belanja RM268 juta atasi masalah banjir di Sibu – TPM Fadillah

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN Persekutuan membelanjakan sebanyak RM268 juta di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu yang melibatkan tiga fasa secara keseluruhannya.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Tranformasi Air (PETRA) dalam kenyataan hari ini memaklumakn, Projek RTB Sibu bermula dengan pelaksanaan Fasa 1 dan Fasa 2 yang melibatkan kos kontrak sebanyak RM183 juta.

Jelas PETRA, kedua-dua fasa itu  telah siap sepenuhnya pada 2012 dan 2015. 

PETRA memaklumkan, projek itu telah memberi manfaat perlindungan risiko bencana banjir kepada lebih 10,000 penduduk dengan keluasan 400 hektar yang melibatkan kawasan kediaman, komersial dan sekolah di sekitar Jalan Upper Lanang termasuk Kem Pasukan Gerak Am (PGA).

“Manakala RTB Fasa 3 yang melibatkan kos kontrak sebanyak RM85 juta telah siap sepenuhnya pada 1 Disember 2023. 

“Dengan terlaksananya projek ini, lebih 15,000 penduduk di Kampung Datu, Kampung Hilir, Kampung Nangka, Kampung Datu Baru dan kawasan perumahan dan komersial sekitar Jalan Bandong, Jalan Tun Abang Haji Openg dan Jalan Awang Ramli Amit serta seluas 270 hektar kawasan dapat dilindungi dari risiko bencana banjir,” menurut PETRA.

Mengulas lanjut, PETRA menerangkan, bagi meneruskan pelaksanaan RTB Sibu, Kerajaan Sarawak di bawah RMKe-12 telah meluluskan skim projek Fasa 4 bernilai RM120 juta. 

Menurut PETRA, projek itu dijangka akan dapat melindungi kawasan seluas 618 hektar setelah siap dilaksanakan kelak yang sebahagian besarnya meliputi kawasan Bukit Assek. 

Jeas PETRA, Fadillah yang juga Menteri PETRA juga turut meluangkan masa turun padang bagi melihat sendiri kejadian banjir yang melanda Kampung Usahajaya, Sentosa, Sibu dan kawasan sekitar. 

“Bagi menyelesaikan isu ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sibu turut telah menerima peruntukan sebanyak RM25 juta di bawah peruntukan Projek Rakyat Kerajaan Sarawak untuk melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf sistem saliran di kampung tersebut yang dijangka disiapkan pada April 2025.

“Manakala bagi mengurangkan beban rakyat setempat akibat bencana banjir, sebanyak RM1.5 juta turut diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan kerja-kerja segera penyelenggaraan dan baik pulih struktur yang rosak akibat banjir,” terang PETRA.

PETRA menambah, Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin dan cakna dalam memastikan kelestarian pelaksanaan projek-projek kerajaan untuk memastikan impak yang maksima demi kesejahteraan rakyat dan merangsangkan ekonomi Sarawak. 

Menurut PETRA, secara langsung, projek itu dijangka akan turut dapat meningkatkan semula aktiviti sosio-ekonomi serta menjamin kelangsungan perhubungan penduduk setempat di samping mengurangkan kerugian harta benda, kemudahan awam dan kehilangan nyawa akibat banjir.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This