Kerajaan setuju latihan Bahasa Cina, Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan – Anwar

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan bersetuju supaya ruang tambahan bagi latihan Bahasa Cina dan Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan, selain daripada Bahasa Kebangsaan.

Beliau berkata, hal ini supaya lebih banyak guru dalam mata pelajaran berkenaan dapat dilatih Kementerian Pendidikan (KPM) untuk dihantar ke sekolah jenis Tamil dan Cina.

“Sepertimana juga yang kita putuskan di beberapa sekolah kebangsaan iaitu anak-anak India yang memilih untuk menguasai atau mempelajari bahasa Tamil atau anak-anak Cina di sekolah menengah kebangsaan, itu harus kita pastikan ia (penguasaan bahasa ibunda) dapat ditingkatkan.

“Ini dasar yang tak bercanggah dengan dasar negara kita. Sebab itu saya katakan biar ada komitmen jelas dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India dan Sabah dan Sarawak, tentang Bahasa Kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Heawood hari ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This