MALAYSIA dan Luxembourg sepakat untuk mempertingkat kerjasama dalam pelbagai bidang merangkumi aspek perdagangan, pelaburan, teknologi kewangan, perbankan, perubatan dan aeroangkasa.
Perkara itu dibincangkan dalam pertemuan dua hala antara delegasi Malaysia diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Timbalan Perdana Menteri Luxembourg, Xavier Bettel di Vientiane, Laos.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, perbincangan dengan Xavier turut menyentuh pelbagai perkara terkait kepentingan kedua-dua negara.
Pada masa sama, beliau berkata, mereka turut bertukar pandangan terkait usaha memperkukuh hubungan antara Malaysia dengan Luxembourg.
Baca artikel lain: Malaysia terus kukuhkan hubungan dua hala dengan Thailand – PM Anwar
“Saya turut zahirkan ucapan tahniah kepada Luxembourg atas pemeteraian Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (TAC) oleh negara itu ketika Sidang Kemuncak ini, yang menjadi langkah penting untuk mengukuhkan hubungan Luxembourg dengan negara-negara ASEAN,” katanya dalam hantaran tersebut.
Perdana Menteri berada di Laos untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-Sidang Berkaitan sehingga hari ini.
Semasa Majlis Penutupan Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan, Laos sebagai Pengerusi ASEAN 2024 akan menyerahkan jawatan Pengerusi kepada Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi 2025.
Malaysia secara rasmi akan memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada 1 Januari 2025.
Pada majlis itu, Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucapan ringkas yang menggariskan visi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

