KEMENTERIAN Pertahanan (Mindef) menerima peruntukan RM21.13 bilion bagi tahun 2025 yang mana meningkat kira-kira 7.08 peratus berbanding sebelumnya iaitu sebanyak RM19.7 bilion.
Mindef dalam kenyataan memberitahu daripada jumlah tersebut, RM13.64 bilion untuk Peruntukan Mengurus (OE) manakala RM7.49 bilion adalah bagi Peruntukan Pembangunan (DE).
“Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berbesar hati dan berterima kasih atas pengumuman belanjawan pada 18 Oktober 2024 dan menyambut baik Belanjawan MADANI Ketiga ini.
“Kementerian Pertahanan akan memperkemaskan lagi inisiatif seiring dengan fokus belanjawan tahun 2025 dalam memastikan kesejahteraan warga pertahanan di tahap tertinggi,” katanya.
Baca artikel lain: Fatah tuntut tindakan segera Arab, antarabangsa hentikan genosid di Gaza
Katanya, keutamaan Mindef adalah seperti mensejahterakan warga antaranya melalui menyelenggara sekolah dalam kem tentera dan membina, menyelenggara serta membaik pulih Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT).
Selain itu, katanya, Mindef juga mahu memperkasakan kesejahteraan warga veteran ATM antaranya dengan Kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) dinaikkan kepada RM500 sebulan.
“RM5.8 bilion dikhususkan untuk kerja-kerja senggara dan pembaikan serta perolehan aset-aset ketenteraan baharu.
“Memperkukuhkan kesiapsiagaan dengan teknologi dron dan AI untuk meningkatkan capaian kawasan boleh diawasi. Penambahan pencapaian internet di kem tentera melalui dana di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
“Peruntukan RM50 juta bagi Program Latihan Khidmat Negara 3.0 yang akan dimulakan secara rintis dengan konsep baharu,” katanya lagi.
Katanya, Belanjawan 2025 menyuntik iltizam dan semangat warga pertahanan untuk sentiasa mempertingkatkan kesiapsiagaan demi kedaulatan tanah air.
“Kementerian Pertahanan dan ATM akan berusaha sedaya upaya agar peruntukan Bajet 2025 dimanfaatkan dengan telus, berhemah serta berintegriti demi sebuah negara yang selamat, berdaulat dan makmur,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

