Mayat lelaki berulat ditemukan dalam bilik tidur, dipercayai 5 hari telah meninggal dunia

Dari Penulis

MISTERI bau busuk dihidu jiran terungkai dengan penemuan mayat seorang lelaki berusia 53 tahun di sebuah rumah di Tanah Merah malam tadi.

Lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia sejak lima hari lepas, berdasarkan keadaan mayat yang berbau dan berulat, lapor Bernama.

Ketua Polis Tanah Merah Mohd Haki Hasbullah berkata, pihaknya pergi ke rumah di Taman Selasih itu setelah menerima maklumat dan mendapati lelaki terbabit meninggal dunia di dalam bilik tidur di tingkat atas rumah.

Katanya, disebabkan lelaki tersebut hanya tinggal bersama bapanya berusia lingkungan 90an yang telah nyanyuk, polis terpaksa memecahkan pintu rumah untuk membuat pemeriksaan.

“Siasatan awal mendapati kematian itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan.

Mayat lelaki tersebut dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.

  • – BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This