
SAYA ingin memberi pandangan awal mengenai ukuran Pendapatan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) yang diumumkan beberapa hari yang lalu. Untuk perbincangan dan pemurnian ukuran ini.
Pendapatan Asas Kehidupan Wajar diperkenalkan untuk memberi anggaran keperluan perbelanjaan yang diperlukan untuk hidup selesa (wajar) bagi isi rumah atau individu (per kapita).
Ia satu anggaran berdasarkan Survei Perbelanjaan Isi Rumah yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan, disesuaikan dengan saiz isi rumah, umur ahli isi rumah dan juga lokasi tempat tinggal.
Saya paparkan rumusan yang membandingkan PAKW untuk per kapita (individu) di bandar/luar bandar, negeri dan daerah tertinggi dan terendah.
Adakah PAKW yang dilaporkan ini mencerminkan kehidupan sebenar? Dalam konteks data, ia hanyalah ‘mathemathical’ berdasarkan kualiti data perbelanjaan isi rumah yang ada pada Jabatan Perangkaan.
Umumnya, rumusan terhadap kajian data tertakluk kepada kualiti data, seperti ‘Garbage In-Garbage Out’ atau GIGO. Bagus data yang dikumpulkan, baguslah PAKW yang dihasilkan. Saya yakin ehwal ini telah ditangani. Jabatan Perangkaan adalah agensi data rasmi negara. Kepakaran mereka diyakini.
Adakah PAKW didasari kepada perekonomian yang betul? Hasrat untuk menghasilkan anggaran perbelanjaan yang wajar adalah baik.
Aplikasi PAKW hanya memerlukan maklumat bilangan isi rumah, umur setiap ahli isi rumah, dan lokasi. Adakah maklumat ini mencukupi untuk mengira anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk kehidupan yang wajar bagi isi rumah atau individu? Sebagai anggaran mungkin, tetapi pastinya ada lagi beberapa aspek yang perlu diambil kira.
Baca artikel lain: Keluhan besar rakyat: Hidup tidak selesa
Ketepatan ini perlu sebelum PAKW digunakan untuk tujuan polisi menentukan kumpulan sasaran.
Adakah anggaran PAKW menggambarkan kehidupan yang sebenar? Secara umum adakah RM1,423 sebulan mencukupi untuk seorang individu di bandar hidup dengan wajar?
Pendapatan RM1,755 sebulan cukup untuk kehidupan di Kuala Lumpur? Pendapatan sebulan RM1,564 cukup untuk
hidup di Hulu Langat? Katakan di Bandar Baru Bangi?
Sebaiknya aplikasi PAKW juga menyatakan anggaran pecahan untuk setiap komponen perbelanjaan yang diambil kira seperti sewa, makan-minum, pengangkutan, kesihatan dan lain-lain komponen.
Lebih mudah untuk kita menilai berbanding kehidupan yang sebenar. PAKW tidak hanya perlu tepat datanya, ia juga perlu perekonomian yang betul dan pastinya menepati kehidupan sebenar di luar sana.
Teruskan memurnikan PAKW. Usaha yang baik.
MINDA UKM: Bersama Membangunkan Negara
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

