Kritik PM: Lembaga Disiplin PKR putuskan nasib Hassan Karim esok

Dari Penulis

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim terbuka menerima sebarang tindakan termasuk dari Lembaga Disiplin PKR yang dijangka diputuskan esok susulan mengkritik kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, tidak akan merayu, sebaliknya berpuas hati dengan sistem lembaga disiplin partinya yang bertindak secara profesional.

“Saya dipanggil dalam sesi pendengaran atau perbicaraan dengan lembaga disiplin parti Khamis lalu (kelmarin), namun belum ada keputusan. Hasil pendengaran itu mereka (Lembaga Disiplin) akan membuat cadangan tentang keputusan itu.

“Selepas ini mereka akan rujuk Biro Politik PKR dan selepas tu Majlis Pimpinan PKR yang dipengerusikan Presiden PKR. Keputusan dijangka diputuskan esok,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau masalah berkaitan aduan penjaja di hadapan Sekolah Agama Taman Scientex, hari ini.

Baca artikel lain: Ketua Parti Komunis Vietnam To Lam berlepas pulang

Dalam pada itu, Hassan berkata beliau akan menghormati sebarang keputusan lembaga disiplin parti itu dan tidak mahu memberi kenyataan yang boleh mempengaruhi ketetapan itu nanti.

Malah, katanya beliau tidak boleh mendedahkan mengenai perjumpaan itu termasuk butiran dengan lembaga disiplin partinya.

“Saya kena hormat lembaga disiplin dan memberi ruang kepada mereka. Saya sebagai ahli parti kena patuh dan terbuka dengan keputusan diambil,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This