NWICE 2024 tumpu pembangunan dan transformasi industri air, pembetungan negara

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERSIDANGAN dan Pameran Inovasi Air Kebangsaan Ke-2 (NWICE) 2024 yang berlangsung selama tiga hari hingga Khamis ini memberi tumpuan kepada pembangunan dan transformasi industri air serta pembetungan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan, NWICE 2024 kali ini membawa tema ‘Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat’ sebagai visi yang bertujuan untuk memastikan akses kepada sumber air bersih, mempromosikan penggunaan air secara efisien dan melindungi ekosistem air untuk generasi masa depan.

Menurut Fadillah, transformasi itu penting untuk mendepani kesan perubahan iklim yang sedang berlaku di seluruh dunia.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, transformasi berkenaan memerlukan pendekatan menyeluruh melibatkan teknologi terkini, pendigitalan, kolaborasi antarabangsa dan komitmen daripada masyarakat.

Katanya, inovasi dalam sektor air sangat penting untuk menghadapi perubahan iklim yang menyebabkan impak besar seperti banjir, kekeringan, kenaikan paras laut dan penurunan kualiti sumber air.

“Pengurusan air pada masa ini amat memerlukan transformasi menyeluruh termasuk sumber air bagi memastikan kelangsungan bekalan air yang bersih dan berkualiti kepada pengguna serta perkhidmatan pembetungan yang dapat menjamin kesihatan rakyat dan memelihara alam sekitar selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan ke-6,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian NWICE 2024, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, NWICE 2024 kali ini yang diadakan sejajar dengan matlamat Pelan Hala Tuju Transformasi Air Negara (AIR 2040) turut membawa tiga sub-tema utama yang relevan dengan cabaran semasa sektor air negara.

Baca artikel lain: AIR 2040 pacu Malaysia jadi hab air negara membangun, serantau

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof melakukan gimik perasmian ketika hadir ke Persidangan dan Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jelas beliau, tiga sub-tema itu adalah Lonjakan dan Evolusi Prasarana Pembetungan Negara; Menerajui Keterjaminan Air – Mendepani Perubahan Iklim dan Teknologi Tanpa Korekan, Inovasi Hijau.

Beliau memberitahu, ketiga-tiga sub-tema itu merupakan cerminan kepada komitmen dan usaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam menerajui dan menangani isu-isu kritikal sektor air serta pembetungan negara.

“Ia sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memastikan perkhidmatan air yang mampan, selamat dan lestari kepada rakyat.

“Persidangan ini membawa manfaat penting kepada sektor air negara sebagai platform perkongsian kepakaran dan teknologi terkini dalam pengurusan air serta pembetungan antara pakar tempatan dan antarabangsa serta menyediakan ruang perbincangan mengenai solusi inovatif bagi menangani cabaran perubahan iklim terhadap sumber air negara.

“Persidangan NWICE 2024 ini juga dapat meningkatkan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, pihak industri dan institusi penyelidikan dalam memajukan teknologi air tempatan di samping mengelakkan missmatch antara keperluan sebenar setiap pemegang taruh serta menjadi pemangkin kepada pembangunan teknologi hijau dalam sektor air,” katanya.

NWICE 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dianjurkan agensi di bawah PETRA iaitu Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) bersama-sama Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Jabatan Bekalan Air dan Persatuan Teknologi Trenchless Malaysia (MATT).

Persidangan tersebut menghimpunkan lebih 800 delegasi, 120 pembentangan kertas kerja dan 100 pempamer daripada pelbagai sektor dari dalam dan luar negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This