PERIKATAN Nasional (PN) akan membuat keputusan pelantikan Setiausaha Agung baharu pada mesyuarat pimpinan tertingginya yang dijadualkan berlangsung pada 9 Disember ini.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, mengikut perlembagaan, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin boleh melantik sesiapa saja untuk menggalas jawatan berkenaan.
“Apabila Pengerusi PN mengumumkan beliau mahu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung, maka akan diumumkan dalam mesyuarat PN, itu saja. Walaupun kuasanya diberikan Presiden, kita tidak mahu yang lain-lain bercakap mengenai perkara ini.
“Biarlah selepas diumumkan oleh Pengerusi, kita terima baik dan diumumkan dalam mesyuarat tertinggi (PN) yang akan bermesyuarat pada 9 Disember ini,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: Pahang tarik RM16.1 bilion pelaburan tahun lalu – MB
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Sayap Bersatu, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Muhyiddin mengesahkan beliau sudah bersetuju Mohamed Azmin dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dan PN.
Bagaimanapun Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden dilapor mencadangkan supaya Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dilantik sebagai Setiausaha Agung PN yang baharu untuk menggantikan Hamzah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

