Hadi Awang pertahankan Tun Mahathir isu Pulau Batu Puteh

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempertahankan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu Pulau Batu Puteh yang hangat diperdebatkan ketika ini.

Menurut Abdul Hadi, beliau dimaklumkan bahawa terdapat surat rasmi bertarikh 21 September 1953 yang diserahkan kepada Setiausaha Kolonial di Singapura mengenai penyerahan terumbu Batu Puteh kepada Singapura.

Tegas beliau, berdasarkan tarikh tersebut, penyerahan surat rasmi itu adalah sebelum Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi.

“Batu Puteh terumbu karang yang kecil ditempikkan setelah berputih mata menuding jari kepada yang tidak bersalah dan tiada kena mengena dengan yang difitnahkan kerana sebenarnya ia berlaku melalui kesalahan dan kebodohan orang lain.

“Almarhum Prof Nik Anwar memaklumkan kepada saya, ada surat kenyataan rasmi bertarikh 21 September 1953 kepada Setiausaha Kolonial di Singapura, menyerahkan terumbu Batu Puteh kepada Singapura oleh kalangan tertentu yang pendek akalnya. Sebelum Tun Mahathir jadi PM lagi.

“Berbeza dengan penyerahan Singapura kepada British melalui perjanjian menyerah diri dan akhirnya terputus daripada Semenanjung Tanah Melayu melalui proses demokrasi yang halal mengikut undang-undang manusia selepas merdeka dalam Malaysia dan keluarnya penjajah British, akibat Melayu bersama UMNO Singapura tidak mahu berpolitik,” katanya dalam catatan ‘Minda Presiden Pas’ hari ini.

Baca juga: Kabinet cadang AG nyahklasifikasi laporan akhir Pasukan Petugas Khas Batu Puteh

Terdahulu, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Batu Puteh dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif, antara lain mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Dr Mahathir.

Prosiding itu diusulkan susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas Kabinet diketuai Dr Mahathir pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Susulan syor RCI itu, pembangkang mendakwa terdapat unsur dendam dan berniat jahat terhadap seseorang individu.

Sebelum itu, Dr Mahathir menjelaskan, keputusan berkait pengendalian pertikaian kedaulatan Batu Puteh dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri, termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, tindakan menyerahkan Batu Puteh kepada Singapura kini cuba ditutup oleh musuh politik Dr Mahathir sedangkan bekas Presiden UMNO itu tiada kaitan dengan penyerahannya kepada penjajah. 

“Kini tindakan bodoh itu ditutup oleh para pembohong dan penipu dengan cara yang terbuka seperti menudung bangkai dengan tapak tangan yang kecil bagi menyalahkan Dr Mahathir yang tidak ada kaitan menyerahnya kepada penjajah.

“Parlimen diperkudakan menjadi penipu secara lakonan dengan memaksa Dr Mahathir menjadi hero yang dituduh, sedangkan hero sebenar yang menipu berlindung di belakang pentas Parlimen,” katanya.

Abdul Hadi turut menyelar beberapa pemimpin Melayu yang dianggap sebagai ‘pelakon tambahan’ dalam polemik tersebut.

Sindir Abdul Hadi, pemimpin-pemimpin DAP yang terkenal dengan kelantangan bersuara hanya mendiamkan diri kerana mempunyai ‘khadam’ dalam isu tersebut.

“Saya masih ingat Almarhum Ayahanda Haji Awang menceritakan penjajah menipu ketua salah satu negara Arab mahu membeli tanah seluas belulang kambing. 

“Pada awalnya saya menyangka hanya cerita penglipur lara. Tiba-tiba dalam lawatan saya ke Tunisia, Syeikh Rasyid al-Ghannushi menunjukkan kepada saya kawasan tanah yang diminta sebesar belulang kambing itu benar-benar berlaku, dengan cara belulangnya digunting menjadi tali yang halus diukur tanahnya yang luas menjadi tempat penjajah itu bertapak. 

“Begitu mudah sekali ditipunya para pemimpin kita pada zaman rakyat bertuhankan pemimpin yang bodoh,” katanya, 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This