BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu menjalani hukuman tahanan di rumah, tetapi perlu dibebaskan sepenuhnya, kata Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Nik Mohamad Abduh menegaskan, pendiriannya tentang kes Najib itu kekal dan bertambah teguh walaupun ada yang menganggapnya sudah lama mendiamkan diri berhubung perkara itu.
Kata beliau, Najib yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan tidak dibeirkan hak untuk membela diri dengan sempurna dan menganggap perbicaraan itu sebagai ‘senget’.
“Saya tidak cadangkan beliau di beri tahanan rumah. Hak beliau adalah bebas sepenuhnya. Bukan kerana beliau terbukti tidak bersalah, tetapi gagal diberi ruang pembelaan yang sewajarnya.
“Justeru bagaimana pembuktian beraksi sempurna? Pandangan saya, sebagaimana politik negara masih berlakon matang, mahkamah juga penuh lakonan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Untuk rekod, Najib ketika ini sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.
Titah adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 akan membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

