Polis lupus barang kes bernilai RM1.8 juta termasuk 8 buah kenderaan

Dari Penulis

POLIS melupuskan sebanyak 352,515 unit barang rampasan am termasuk lapan buah kereta dan kontraban bernilai RM1.8 juta di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, barang tersebut membabitkan kes yang dikendalikan sejak tahun 2016 hingga 2023.

Beliau berkata, pelupusan barangan kes itu melibatkan 336 kertas siasatan yang telah selesai perbicaraan di mahkamah.

“Pelupusan ini melibatkan lapan buah kenderaan, 353,400 kotak rokok, 168 komputer riba, 59 peranti pintar, 32 modem dan router serta 14 mesin simulator.

“Nilai keseluruhan barangan dilupuskan pada hari ini berjumlah RM1.8 juta,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Daerah Serdang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan melupuskan sebahagian barangan kes pada Majlis Pelupusan barang kes kontraban, barang am dan bitcoin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Hadir sama Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Noor Ruzilawati Mohd Nor.

Anbalagan berkata, pelupusan barang kes tersebut dilakukan setelah mendapat arahan daripada pihak mahkamah.

Jelasnya, pelupusan itu juga selaras dengan Kaedah dan Peraturan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN D207) dan di bawah Seksyen 407 (A) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).

Menerusi pelupusan itu dapat menjimatkan kos penyelenggaraan dan mengatasi masalah ruang simpanan eksibit.

Tegas beliau, pihaknya bertanggungjawab memastikan setiap barang kes dikendalikan dengan amanah, telus dan mengikut peraturan.

“Pelupusan ini adalah langkah akhir dalam memastikan barang-barang yang dirampas tidak lagi memberi kesan negatif kepada masyarakat atau disalah guna,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tular video curi kabel di MRR2, polis giat buru empat individu

POLIS sedang mengesan empat individu yang dipercayai terlibat dengan perbuatan mencuri kabel di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2),...

More Articles Like This