WTCKL tingkat hubungan perdagangan, pelaburan dalam sektor perniagaan di Arab Saudi

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

WORLD Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) memperkukuhkan lagi rangkaian antarabangsanya dengan jalinan kerjasama strategik bersama pemain utama dalam sektor perniagaan dan perdagangan global.

Untuk itu, WTCKL baru-baru ini telah mengadakan beberapa siri pertemuan rasmi dengan pemimpin Arab Saudi bagi membuka peluang dalam meningkatkan perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi di antara kedua-dua buah negara.

Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menegaskan kepentingan hubungan strategik ini serta komitmen penuh Malaysia dalam memperkukuh hubungan ekonomi bersama negara Timur Tengah itu.

“Perbincangan bersama tokoh-tokoh utama seperti Datuk Bandar Jazan, Eng. Yahya bin Jaber Al-Ghazwani dan pemimpin lain telah membuka ruang untuk meneroka potensi besar dalam kerjasama, khususnya dalam bidang perdagangan, rangkaian perniagaan dan acara berskala besar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Irmohizam menambah, perbincangan di Jazan tertumpu kepada langkah-langkah jangka panjang untuk meningkatkan peluang pelaburan dan meletakkan Jazan sebagai hab ekonomi utama di rantau ini.

Baca artikel lain: Kotak hitam kedua ditemukan di lokasi nahas pesawat Azerbaijan Airlines

“Saya percaya Jazan mempunyai potensi untuk menjadi titik tumpuan utama dalam perdagangan dan acara perniagaan antarabangsa. Kedudukannya yang strategik berhampiran Afrika memberikan kelebihan unik untuk perdagangan dan pelaburan rentas benua,” katanya lagi.

Dalam lawatan tersebut, beliau berpeluang bertemu Menteri Bandaraya dan Perumahan Arab Saudi, Majed bin Abdullah Al-Haqil, dalam satu sesi khas yang membincangkan pertumbuhan masa depan di Jazan.

Irmohizam turut mencadangkan penubuhan World Trade Centre (WTC) di Jazan, sambil menekankan bahawa rangkaian global WTCA dapat memainkan peranan penting dalam menjadikan Jazan sebagai destinasi antarabangsa untuk acara perniagaan

“Kami melihat peluang besar untuk Jazan muncul sebagai hab global bagi acara perniagaan. Pembangunan pusat konvensyen bertaraf dunia di Jazan bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran global, tetapi juga menyumbang kepada pendiversifikasian ekonomi Arab Saudi di bawah Visi 2030,” ujarnya.

Selain itu, perbincangan juga diadakan bersama Khuzama Valley Investment (KVI) yang diwakili oleh pengerusinya, Mansour Ayedh Alkahtani dan Ketua Pegawai Eksekutif, Osama Hassan Ahmed bagi mengukuhkan kerjasama dalam merealisasikan potensi besar Jazan sebagai hab ekonomi serantau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This