Polis pantau 4 lokasi di Terengganu susulan ombak besar, angin kencang

Dari Penulis

SERAMAI 22 petugas termasuk pegawai dan anggota polis dikerah untuk menjalankan pemantauan secara berkala di empat lokasi pantai yang menjadi tumpuan orang ramai berikutan fenomena ombak besar dan angin kencang.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata lokasi berkenaan adalah Pantai Tanjung, Pantai Mengabang Telipot dan Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus serta Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu.

Beliau berkata pemantauan ini bertujuan memastikan keselamatan orang ramai susulan fenomena ombak besar dan angin kencang yang dijangka mencapai kelajuan 60 hingga 70 kilometer sejam (km/j) sepanjang minggu hadapan.

“Malam ini dijangka berlaku air pasang besar pada pukul 10 malam. Jadi, saya nasihatkan penduduk dan orang ramai agar tidak menghampiri kawasan pantai kerana ia sangat berbahaya.

Baca artikel lain: Institusi Al-Azhar kesal sikap tidak peduli dunia terhadap krisis kemanusiaan di Gaza

“Saya minta orang ramai tidak mengambil mudah soal keselamatan kerana kami dapati masih ramai, terutama golongan remaja yang berkumpul di tepi tembok di Pantai Seberang Takir untuk melihat ombak,” katanya ketika meninjau jalan rosak di Kampung Tanjung hari ini.

Dalam pada itu, Azli berkata dua jalan pantai iaitu di Kampung Mengabang Telipot dan Kampung Tanjung, telah ditutup sepenuhnya kepada semua pengguna jalan raya bermula semalam.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hadi sahkan pertemuan pemimpin Pas dan UMNO, beri bayangan penyatuan parti politik Melayu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan berlaku pertemuan antara pemimpin parti itu dengan UMNO, malam tadi. Ia susulan...

More Articles Like This