Pengawal peribadi mengaku tak bersalah tunjuk pistol ketika rompakan

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG pengawal peribadi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menunjukkan pistol terhadap dua orang pekerja kedai emas ketika melakukan rompakan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, awal bulan ini.

Tertuduh, Saifulzaman Hamzah, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Siti Shakirah Mohtarudin.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa menunjukkan senjata api semasa rompakan dengan cara mendatangkan ketakutan mati atau cedera ke atas dua mangsa wanita terbabit masing-masing berusia 21 dan 18 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukakan di sebuah kedai barangan kemas, di pusat beli-belah dekat Cheras, Kuala Lumpur, sekitar jam 12.45 tengah hari pada 4 Januari lepas.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api 1971 (penalti lebih berat) yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan juga disebat tidak kurang daripada enam sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Joshua Tee Yee Khuan tidak mencadangkan sebarang jaminan ke atas tertuduh memandangkan kes berkenaan merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, peguam Mohd Hisham Md Nen yang mewakili tertuduh merayu agar mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan jaminan ke atas tertuduh memandangkan seorang penanggung tunggal bagi isteri yang tidak bekerja, tiga orang anaknya serta ibu dan bapa yang telah uzur.

Hakim Siti Syakirah kemudian tidak membenarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh selain menetapkan 24 Februari depan bagi tarikh sebutan semula kes.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This