Mana wang subsidi RM4 bilion yang ditarik? Kata nak bantu rakyat – Muhyiddin

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PEMBANGKANG mempersoalkan di mana perginya wang sekitar RM4 bilion yang berjaya dijimatkan oleh kerajaan hasil daripada keputusan untuk menarik semula subsidi diesel.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) menegaskan, hal ini kerana, jumlah rakyat yang terbeban dengan masalah kenaikan harga barangan begitu ramai dan sepatutnya wang tersebut digunakan untuk membantu mereka.

Beliau pada masa sama melihat tidak wujud kesungguhan daripada kerajaan untuk mengatasi masalah ini dengan Perdana Menteri lebih berminat untuk bergerak ke serata dunia.

“Ke mana perginya RM4 bilion ini, konon wang ini nak digunakan untuk meringankan beban rakyat tetapi rakyat terus terbeban dengan masalah-masalah kos sara hidup.

“Betapa ramai di luar sana yang sedang bergelut untuk menyediakan persiapan menjelang Ramadan, pembukaan sesi persekolahan dan perayaan Aidilfitri.

“Setakat Disember 2024 data DOSM menunjukkan kebanyakan negeri kekal mencatatkan inflasi bagi kumpulan pemakanan dan minuman.

“Dengan kadar tertinggi di Selangor (4.1 peratus) diikuti Kuala Lumpur (3.1 peratus) dan Johor (3.0 peratus) walaupun kadar inflasi Malaysia 1.7 peratus,” katanya.

Baca artikel lain: Wanita rentung bersama empat anak sedang hamil lima bulan

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempersoalkan apakah jaminan daripada kerajaan bahawa kenaikan tarif tidak akan membebankan rakyat.

“Apakah jaminan kerajaan bahawa 85 peratus pengguna domestik tidak akan terjejas, kita boleh percaya atau pun tidak?

“Ini kerana jika kos operasi syarikat meningkat akibat kenaikan tarif elektrik mereka tentunya akan memindahkan kos kepada pengguna akhir iaitu rakyat.

“Biasanya perkara ini sebelum diputuskan ia akan dibawa ke pihak Kabinet, bukan TNB yang akan memutuskan.

“Saya cadangkan supaya Kabinet menolak pemohonan daripada TNB untuk menaikkan elektrik yang nak dicadangkan itu,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This