DUNIA Islam dilihat mengalami defisit kepercayaan, dengan nilai integriti, pengorbanan, dan sumbangan seringkali dibayangi kepentingan diri dan pengumpulan harta benda.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata segelintir pemimpin dunia Islam sering memperkatakan tentang perjuangan, pengorbanan, dan sumbangan, namun mereka mengumpul kekayaan melebihi kemampuan.
“Mereka tidak menunjukkan teladan. Benar mereka mempunyai ilmu. Mereka memiliki tahap kecekapan, tetapi tiada nilai. Terdapat defisit kepercayaan. Anda lihat dalam sistem multilateral, mereka tidak peduli tentang peraturan.
“Kita lihat dalam ASEAN, yang saya pengerusikan tahun ini. Saya berada di Vietnam semalam, kami memperkatakan tentang asas kemajuan, berasaskan peraturan. Siapa yang peduli tentang berasaskan peraturan pada masa ini?
“Sekiranya mereka mematuhi peraturan, mereka tidak akan melakukan penjarahan, eksploitasi dan penyingkiran di Gaza,” kata beliau pada Sesi Ramah Mesra Pelajar Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) bersama Perdana Menteri di Alor Setar, Kedah, hari ini.
Baca artikel lain: PM menghadap Sultan Sallehuddin, sembah maklum pembangunan negara, Kedah
Turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Naib Canselor yang juga Presiden AIU, Prof Datuk Dr Mohd Salleh Jaafar.
Perdana Menteri berkata hal itu merupakan satu daripada cabaran besar bagi golongan muda untuk membina keyakinan serta matlamat yang kukuh dalam pembelajaran dan perkembangan peribadi mereka untuk membawa perubahan dalam masyarakat, negara dan komuniti antarabangsa.
Anwar berkata dunia Islam dilihat sebagai tidak berdaya dengan tidak menumpukan kepada perkara asas penting, sebaliknya sering bertelagah berkaitan hal remeh.
“Sebab itulah jika anda bertanyakan kepada saya dalam kerajaan MADANI di sini, saya katakan apa sahaja yang diperkatakan.
“Kami menggunakan kuasa ini dan perpaduan untuk memberi tumpuan kepada ekonomi, pendidikan berkualiti, untuk mengembalikan keyakinan kukuh dan kuasa iaitu kuasa ekonomi dan sosial,” katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

