JAKIM siasat pempengaruh cipta kandungan menyimpang ajaran Islam

Dari Penulis

JAKIM Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menjalankan siasatan terhadap beberapa pempengaruh kerana disyaki mencipta kandungan yang menyimpang daripada ajaran Islam di media sosial.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata siasatan berkenaan bagi mengumpul maklumat untuk mencegah berlakunya kekeliruan dalam masyarakat membabitkan hal keagamaan.

“Ramai (pempengaruh) telah dikenal pasti dan dipanggil kerana disyaki menyimpang jauh ataupun sesat. Cuma, kita tak buat liputan meluas, namun semua itu ada dalam pemantauan di peringkat JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri.

“Kita seru umat Islam supaya berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan perkara ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kampung Angkat MADANI JAKIM di Kampung Menora bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Menora, Kuala Kangsar, hari ini.

Baca artikel lain: Jangan polemikkan Jawatankuasa HARMONI, bilangan keanggotaan sama sejak Januari 2021 – Jakim

Sirajuddin berkata pihaknya juga telah mewujudkan JAKIM Untuk Ummah (JUM), sebuah unit berperanan dalam memberi kefahaman kepada umat Islam tentang pelbagai perkara melibatkan aspek keagamaan di media sosial.

“JUM ini kita wujudkan bagi menjelaskan sebarang isu yang menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat terutama membabitkan hal-hal sensitif,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Sirajuddin berkata program Pelancaran Kampung Angkat MADANI JAKIM itu bertujuan meningkatkan pembangunan dan penjanaan ekonomi setempat di Kampung Menora.

“Kita akan bawa program-program yang mampu meningkat penjanaan ekonomi di sini bagi menarik semula minat belia untuk pulang ke kampung dan menabur bakti di sini.

“Perbincangan bersama beberapa pihak termasuk jawatankuasa kampung bagi memastikan perkara ini dapat direalisasikan sekali gus menyahut seruan Perdana Menteri supaya menyantuni masyarakat hingga peringkat akar umbi,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This